Penglihatan Baharu, Kehidupan Baharu bersama OPTIMAX

Dengan hampir 30 tahun kepakaran dalam penjagaan mata, misi kami mudah sahaja: membantu rakyat Malaysia mencapai kejelasan, keselesaan, dan keyakinan yang berkekalan dalam penglihatan mereka.

OPTIMAX – Pusat Pakar Mata

Ia seperti mimpi yang menjadi kenyataan – manusia yang amat bergantung kepada kaca mata atau kanta lekap untuk meneruskan kehidupan kini mempunyai pilihan untuk melihat dunia tanpa sebarang bantuan kaca mata ataupun kanta lekap. Pembetulan penglihatan secara laser bukan sahaja kaedah pembedahan yang baru dalam pasaran malah Ia akan menjadi peluang kedua untuk memulakan kehidupan baru kepada semua.
Pada 30 tahun yang lalu, Pusat Pakar Mata OPTIMAX telah dinobatkan sebagai pusat pakar mata yang paling bereputasi dengan bilangan klien yang ramai, OPTIMAX memperluaskan bidang perkhidmatan termasuklah rawatan katarak, glaucoma, mata kering dan sebagainya.
Klien, terdiri daripada pesakit tempatan mahupun antarabangsa – Malaysia, Indonesia, Philippines, Singapore, Thailand, Australia, China, Hong Kong, Japan yang sanggup memilih untuk bersama-sama dengan kami. Ia membuktikan bahawasanya reputasi kecemerlangan kami dalam segenap aspek sebagai pusat pakar mata yang terbaik.

Berkembang dari permulaan yang sederhana

Cerita kami bermula di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), KL pada tahun 1995. Pada permulaannya, kami berhasrat untuk membuat sesuatu yang istimewa isitu sesuatu yand dapat mengubah kehidupan manusia dan menetapkan nilai kemanusiaan sepanjang hidup.
Sebagai pelopor rawatan laser pembetulan penglihatan, OPTIMAX telah menggunakan teknologi yang canggih dan tidak pernah didengari sebelumnya sepertimana kami menggunakan teknik laser dalam membetulkan penglihatan orang di serata kawasan secara meluas.

Perkembangan Pembedahan Refraktif Secara Laser

Teknologi pembedahan refraktif secara Laser telah berubah secara mendadak sepanjang berpuluh tahum di OPTIMAX dan Malaysia.

Buat pertama kali kami bermula pada 30 tahun yang lalu, kami menggunakan prosedur yang dinamakan Advanced Surface Ablation (ASA) juga dikenali dengan nama Photorefractive Keratectomy (PRK). Prosedur seperti ini mengambil tempoh masa yang agak lama untuk proses pemulihan.

Teknologi telah berkembang maju kepada prosedur pembetulan refraktif secara laser dengan membuat penutup (LASIK) di mana ia memberikan keputusan penglihatan yang sama seperti ASA/PRK tapi pada masa yang sama ia mengambil tempoh yang agak singkat dalam proses pemulihan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan kepada pesakit (daripada tempoh berminggu-minggu dengan ASA/PRK kepada beberapa hari dengan LASIK). Penutup telah dibuat menggunakan mikrokeratom berautomatik dan juga dikenali sebagai pemotong bilah.

Seiring dengan kemajuan teknologi yang lebih jauh, perubahan kaedah pembuatan penutup kepada Laser Femtosecond digunakan untuk membuat penutup. Kaedah iini telah membolehkan kami untuk membuat penutup yang lebih terperinci, tepat dan selamat berbanding dengan menggunakan mikrokeratome (Bilah LASIK)
Sepanjang tahun, peubahan dalam teknoogi laser telah membuahkan hasil keputusan yang lebih bagus dan sepertimana yang dijangka selepas pembedahan pembetulan refraktif mata.

Sekarang, perkembangan teknoologi laser yang terkini datang dalam bentuk prosedur Relex SMILE, dimana tidak memerlukan untuk membuat penutup pada kornea lagi. Prosedur ini telah membuahkan hasil yang terbaik iaitu mengurangkan komplikasi malah memberikan keselesaan yang lebih bagus selepas pembedahan dan dalam pada masa yang sama masih mengekalkan semua faedah bagi sebarang kaedah pembetulan refraktif mata.

Keutamaan kepada Masyarakat

Sepanjang tahun, kami mengigatkan diri sendiri kepada permulaaan yang rendah hati dan mengakui bahawasanya tanpa sokongan daripada masyarakat, kami tidak akan berdiri seperti di peringkat hari ini.

Ya – kami merupakan syarikat swasta tetapi bagi menjaga keperluan keuntungan dalam usaha untuk mengekalkan bakat dan pelaburan teknologi di OPTIMAX, kami juga tidak melupakan tanggungjawab social kami sebagai pembekal perkhidmatan perubatan.

Selama beberapa tahun, OPTIMAX berganding bahu bersama-sama dengan syarikat korporat dan organisasi terpilih telah menyumbang kepada masyarakat yang kurang bernasib baik terutamanya memberi sumbangan dalam pembedahan katarak, saringan kesihatan mata dan juga pendidikan kesihatan mata secara percuma kepada masyarakat.

ANUGERAH KAMI

Kami berbangga kerana diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa atas kecemerlangan klinikal dan kualiti perkhidmatan kami.
Specialty Hospital of The Year (Ophthalmology) – Malaysia
Ophthalmology Medical Centre of the Year 2024 in Asia-Pacific
Ophthalmology Medical Centre of the Year 2023 in Asia-Pacific
Best Myopia Control Centre for Children
Most Refractive Eye Treatments Provided in Malaysia
Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2022
Frost and Sullivan Best Lasik Centre Award
MRCA Crown Award – Outstanding National Growth Award 2016
Sin Chew Business Excellence Awards 2014 and 2015
BabyTalk Reader’s Choice & recognition as the pioneer in eye care for paediatric
The SMEs Best Brand Award – The Brand Laureate
Golden Bull Award 2005
Golden Bull Award 2003
5 YEARS OF SUCCESSFUL SURGERIES CERTIFICATION by Carl Zeiss
Ophthalmology Medical Centre of the Year 2022 in Asia-Pacific

Rakan Panel Insurans

Kami berada dalam panel penyedia insurans dan TPA utama — menjadikan perjalanan rawatan anda lebih mudah dan lancar.
Prudential
logo-allianz
logo-aa
Emergency Assistance Japan
logo-hm
International Assistance
logo-ihm
MiCare
logo-miya
logo-pmcare